Dasar Kualiti

UiTM Negeri Sembilan komited untuk mengendalikan program pra-diploma, diploma dan ijazah sarjana muda yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran serta sistem pengurusan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang untuk memenuhi kehendak pasaran kerja selaras dengan visi Universiti Teknologi MARA.
   

 

 

Objektif Kualiti 2020-2025

 


 

1. MENCAPAI ENROLMEN 10 000 PELAJAR (SEPENUH MASA) BAGI TAHUN 2020-2025

2.MEMASTIKAN KECEMERLANGAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI:

a) Sebagai pengurus utama (PU) program, memastikan semua kurikulum bersifat kerja kursus disemak setiap 4 tahun bagi program-program yang tempoh pengajiannya adalah 3 tahun atau kurang dan setiap 5 tahun bagi program yang tempoh pengajiannya adalah 4 tahun

b) Memastikan 90 peratus pelajar diploma dan ijazah sepenuh masa bergraduat dalam tempoh masa pengajian yang ditetapkan

 c) Mensasarkan 60 peratus daripada bilangan pelajar diploma dan ijazah sarjana muda sepenuh masa mendapat HPNG 3.00 dan ke atas setiap semester

 d) Mensasarkan 60 peratus daripada bilangan pelajar pra diploma layak ke peringkat diploma selepas 1 semester

3. MEMASTIKAN UiTMCNS MENCAPAI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI BERTERASKAN EDUCATION 5.0

a) Mensasarkan 60 pelajar (outbound) dan 30 (inbound) yang menyertai program mobiliti.

b) Mensasarkan 2300 pelajar yang akan berdaftar Massive Open Online Courses (MOOC).

4. MEMASTIKAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN MELALUI:

a) Mensasarkan kadar kebolehpasaran pelajar melebihi 80% (Sarjana Muda), 95% (diploma) menjelang 2025

b) Mensasarkan melebihi 2.5% alumni yang mempunyai perniagaan/bekerja sendiri.

5. MEMASTIKAN KECEMERLANGAN PENULISAN DAN PENERBITAN MELALUI:

a) Mensasarkan bilangan penerbitan mengikut kategori seperti berikut

 1) Penerbitan berindeks daripada WoS/SCOPUS/ERA iaitu 80 artikel di jurnal dan 20 seminar prosiding

 2)Penerbitan artikel di jurnal berindeks  di WoS/SCOPUS/ERA bersama industri   (5), universiti antarabangsa tergolong dalam 500 teratas (5) dan dalam negara (50)

  3) Penerbitan artikel di jurnal diklasifikasi Q1/Q2 berdasarkan WoS-JCR (10)

  4) Buku penyelidikan (3) dan bab dalam buku penyelidikan (5)

6. MEMASTIKAN KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN MELALUI:

Mensasarkan bilangan ketua penyelidik mengikut kategori seperti berikut :

1.Geran dalaman  = 3

2.Geran Nasional = 6

3.  Geran Industri = 1

 4. Geran Antarabangsa = 1 

7. MEMASTIKAN KECEMERLANGAN DALAM PEMINDAHAN ILMU MELALUI PROGRAM BERBENTUK SANGKUTAN DAN MEWUJUDKAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN MELALUI : 

Mensasarkan Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) bersama industri/NGO yang terkemuka di peringkat Antarabangsa (1) dan Nasional (5).

8. MEMASTIKAN KECEMERLANGAN DALAM PEMINDAHAN ILMU DAN PENGKOMERSILAN/INOVASI/ HARTA INTELEK/PATEN MELALUI PERTANDINGAN INOVASI YANG DIADAKAN OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN BADAN KERAJAAN DI DALAM ATAU DI LUAR NEGARA.

Mensasarkan bilangan anugerah melalui pertandingan berbentuk inovasi dan pengkomersilan mengikut pecahan berikut:

1.Anugerah inovasi di peringkat antarabangsa/nasional/premier sekurang-kurangnya 30 anugerah.

2. Harta intelek/copyright sekurang-kurangnya 5.

9. MEMASTIKAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PROGRAM KEPIMPINAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT DI PERINGKAT NASIONAL DAN ANTARABANGSA:

1.Bilangan pelajar yang terlibat dengan program berbentuk khidmat masyarakat (190)

2. Bilangan pelajar yang terlibat dengan program berbentuk kepimpinan (500).

Tarikh dikuatkuasa: November 2020