Penyelaras AKNC UiTM Cawangan Negeri Sembilan 

(Kampus Kuala Pilah)

Ts. Dr. Asiah binti Abdullah

06-4832171

Penyelaras AKNC UiTM Cawangan Negeri Sembilan 

(Kampus Seremban)

Pn. Norani binti Amit

06-6342433

Penyelaras AKNC UiTM Cawangan Negeri Sembilan 

(Kampus Rembau)

Pn. Sarah Mardhiah binti Selamat

06-6982105

PENGENALAN

Anugerah Kualiti mula diperkenalkan pada tahun 1996 dan dijenamakan semula kepada Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) pada tahun 2000. Ia merupakan anugerah kualiti tahunan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berjaya melaksanakan pembudayaan kualiti kerja yang cemerlang di UiTM.

AKNC adalah sebuah model kecemerlangan berdasarkan model Malcolm Baldrige Award (Education) yang menjadi rujukan dan digunapakai oleh UiTM untuk menyerlahkan budaya kualiti yang diamalkan di setiap PTJ melalui pelaporan pencapaian jabatan, fakulti dan kampus masing-masing. Model kecemerlangan ini menitik beratkan aspek kepimpinan, perancangan strategik, tumpuan pelanggan, keutamaan pengukuran dan analisis, pengurusan sumber manusia dan pengoperasian proses disamping meletakkan fokus utama kepada produk atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh PTJ yang terlibat. Berbeza dari Baldrige Award yang menilai kecemerlangan organisasi dan agensi yang berlainan entiti, AKNC berperanan untuk memupuk amalan budaya kualiti PTJ  dalam UiTM  melalui hasil dan bukti pelaksanaannya.

AKNC merupakan satu anugerah kualiti utama universiti di mana unit ini berperanan sebagai sekretariat yang menguruskan segala aktiviti yang berkaitan dengan penganugerahan ini. Aktiviti yang diuruskan oleh unit ini termasuk bengkel penulisan laporan, bengkel pemurnian laporan, penghantaran laporan ke pihak InQKA dan sesi pembentangan akhir (sekiranya tersenarai sebagai finalis).

 

OBJEKTIF

Objektif utama Jawatankuasa AKNC UiTM Cawangan Negeri Sembilan adalah untuk:

 

  1. Menyediakan pelan perancangan laporan tahunan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC).
  2. Menyelaras proses menyiapkan laporan AKNC termasuk mengendalikan mesyuarat/taklimat/bengkel persediaan AKNC.
  3. Menyunting laporan AKNC sebelum dihantar ke InQKA Shah Alam.
  4. Menyediakan persembahan multimedia untuk panel penilai AKNC.

 

AKTIVITI

Taklimat Pengenalan & Penulisan i-AKNC UiTM Cawangan Negeri Sembilan

                    

Tarikh            : 10 November 2020

Masa             : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Platform        : Google Meet (meet.google.com/spz-vnje-iia)

Penceramah : Ts. Dr. Asiah binti Abdullah & En. Mohd Elfee bin Ab Rashid