Ts Dr Aslizah binti Mohd Aris

UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah

 

PENGENALAN

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) sebelumnya dikenali sebagai Kumpulan Mutu Kerja (KMK). KMK telah diamalkan di UiTM sejak 1985 untuk menyelesaikan masalah kerja dan menambahbaikan sistem kerja jabatan serta memberikan peluang kepada warga UiTM menggilap kebolehan dan meningkatkan kompentensi diri. Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan KMK di dalam dan luar negara dalam penyelesaian masalah UiTM, mulai 2006 KMK telah ditukar kepada KIK sebagai salah satu alat pengurusan KAIZEN di UiTM. Berbeza dengan KMK keahlian KIK tidak hanya terhad dikalangan staf dan boleh merentasi pelbagai jabatan di UiTM. 

 

KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud atau penambahbaikan dalam UiTM, tetapi juga membolehkan ahli-ahli KIK bertindak dengan menggunakan alat dan teknik kawalan kualiti bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru secara kreatif dan inovatif yang meningkatkan keupayaan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

 

OBJEKTIF

Objektif utama Jawatankuasa KIK UiTM Cawangan ini ialah untuk:

  1. Menyelaras dan membantu penubuhan kumpulan KIK dikalangan semua staf UiTM Cawangan Negeri Sembilan, melalui pendaftaran di dalam si stem portal pengurusan KIK.
  2. Menggalakkan pemesatan aktiviti Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
  3. Menganjurkan program-program dan bengkel-bengkel berkaitan KIK seperti Bengkel Pengenalan KIK Horizon 3.0, Bengkel Pemurnian Dokumen KIK, Penganjuran Mini KIK UiTM Negeri Sembilan dan Bengkel Persediaan KIK Peringkat Zon/ UiTM Malaysia.

 

AKTIVITI

1. Bengkel Pengenalan KIK Horizon Baharu UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Penceramah : Pn. Norme Hj. Salleh (Pakar Rujuk KIK UiTM)

Tarikh            : 11-12 Mac 2020

Tempat         : Smart Classroom, UiTM Kampus Kuala Pilah


 

 

2. Pertandingan Idea Unggul @ UiTM 2020

Finalis (UiTM Kampus Kuala Pilah - Kumpulan Cov_Mad) 

Tarikh: 05 November 2020